Bloomberg kini menjalankan penyiasatan yang menarik perhatian peminat teknologi selepas menemui bukti kewujudan perkakasan NVIDIA Blackwell dalam pusat data di China yang dikaitkan dengan Alice Huang. Laporan itu mendedahkan satu rak server GB300 yang mengandungi 72 GPU Blackwell Ultra dan 36 pemproses Grace NVIDIA ditemui dalam projek Yangtze River Delta di Shanghai.
Rak server ini digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman sekitar USD14 juta daripada Shanghai Innovation Bank oleh syarikat Shanghai Shuoyao. Menurut laporan, penghantaran Blackwell ke China memerlukan lesen dari pihak Amerika Syarikat, namun kenyataan Jensen Huang yang menyatakan rak GB300 terlalu besar untuk disembunyikan masih menimbulkan persoalan.
Bloomberg berjaya mengesan asal usul rak GB300 melalui pangkalan data jaminan awam yang menunjukkan ia diperoleh daripada Gigabyte Technology di Taiwan. Gigabyte dikenali sebagai salah satu pembekal NVIDIA yang memasarkan kad grafik dan server untuk pasaran korporat.
Gigabyte bagaimanapun enggan mengulas mengenai pihak yang membeli rak GB300 tersebut.
