Peminat teknologi mungkin akan terkejut apabila melihat perubahan besar dalam bentuk dan prestasi RAM DDR6 yang diperkenalkan oleh JEDEC. Modul DDR6 yang bakal dilancarkan ini tidak hanya lebih kecil, tetapi juga membawa peningkatan besar dalam bandwidth dan kapasiti.
Kecil, Tapi Lebih Cepat
Modul DDR6 akan lebih pendek berbanding DDR5. Panjangnya akan berkurang daripada 133mm kepada 74mm, iaitu 44% lebih pendek. Ini membuatkan DDR6 hanya 6% lebih panjang daripada DDR5 SO-DIMM yang biasa digunakan dalam laptop dan mini-PC.
Dari segi prestasi, DDR6 akan memulakan operasi pada 12.8 GT/s, melebihi dua kali ganda kadar transfer DDR5 yang biasa (4.8 GT/s). Bandwidth keseluruhan modul DDR6 juga meningkat 4 kali ganda kepada 153.6 GB/s, berbanding 38.4 GB/s DDR5. Ini bermakna data boleh dipindahkan lebih cepat, terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan kecekapan tinggi seperti AI dan komputing awan.
Kapasiti Lebih Besar, Teknologi Lebih Maju
JEDEC juga mengumumkan DDR6 akan menyokong kapasiti hingga 1 terabyte (TB) per slot. Ini bermakna modul DDR6 boleh menyimpan data yang lebih banyak, menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam server dan sistem enterprise.
Dari segi struktur, DDR6 menggunakan data bus lebar 96 bit, meningkat 50% daripada DDR5. Ini membolehkan penggunaan empat sub-channels 24-bit, yang memudahkan pengurusan data yang lebih efisien.
Form Factor dan Kepentingan Pasaran
JEDEC masih menentukan bentuk modul DDR6, dengan pilihan termasuk RD