Tech

Intel Malaysia Membina Ladang Solar Terbesar Di Luar Amerika Syarikat

Intel Malaysia telah mengumumkan kejayaan mereka dalam mencapai agenda 100% kuasa boleh diperbaharui(renewable power) sempena Hari Bumi Sedunia,Intel hari ni telah mencapai salah satu matlamat RISE 2030 mereka dengan membina ladang solar terbesar di luar Amerika Syarikat,iaitu yang terletak di Kampus Penang dan Kampus Kulim,ianya mampu menghasilkan 4.1MW.Projek ini juga untuk merealisasikan rancangan mereka agar menjadi organisasi yang menggunakan 100% kuasa boleh diperbaharui.

Projek ladang solar ini meliputi kira-kira bersamaan dengan 900 ruang tempat letak kereta dan 50 208ft2 di atas bumbung, menjana sekitar 6000MWh elektrik setiap tahun. Pada waktu puncak, permintaan elektrik bangunan kini sebahagiannya digantikan dengan sumber solar. Ladang solar baru di kampus Kulim Intel ini akan terdiri daripada kira-kira 15% daripada kapasiti tenaga solar global Intel.

Intel menganggarkan bahawa dengan ladang solar ini ia akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida mereka sebanyak kira-kira 3800 tan. Projek di Malaysia telah dimulakan pada tahun 2020 semasa pandemik yang cukup mencabar kepada semua orang, tetapi Intel masih berjaya melakukannya dan sistem solar mereka telah beroperasi pada Januari 2021.

Selain memanfaatkan tenaga solar untuk elektrik, Intel juga telah menggunakan sistem haba solar untuk membekalkan air panas di semua kampusnya di Malaysia untuk mengurangkan pelepasan tenaga mereka.

Credit Gambar : Carian Bing

5 1 vote
Article Rating

Fhazal

Aku adalah peminat tegar gaming,terutamanya genre MMORPG,seorang pilot EVE Minmatar selama 9 tahun.Warrior,Shaman,Priest dan Paladin World Of Warcrfaft selama 8 tahun.Aku juga sangat berminat tentang web development.
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Johndik

Nice update

Back to top button
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x